Pengenalan
Jabatan Teknologi Pendidikan terdiri daripada 3 buah unit iaitu :
Unit Teknologi Pendidikan dan Unit Teknologi Maklumat terlibat mengendalikan kursus-kursus pengajaran dan pembelajaran, manakala Unit ICT terlibat dalam pengurusan rangkaian, peralatan ICT, khidmat bantu senggaraan dan konsultasi.
Buat masa ini, Jabatan Teknologi Pendidikan bertanggungjawab untuk melatih pelajar PISMP bagi kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Semester 4 dan Teknologi Pengajaran bagi pelajar DPLI. Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dalam kalangan pelajar dan mengaplikasikan penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jabatan ini juga melatih pelajar PPG, KDPM, KDC, KEMAS/PERPADUAN dan DPLI SR mod j-QAF bagi Kursus Pendek Kelolaan Institut kepada guru-guru sekolah di Negeri Perlis.
Jabatan ini mempunyai sebuah kompleks yang mengandungi lima buah Makmal Komputer, Bilik Bestari, Bilik Kuliah, Bilik Pengajaran Mikro dan Pejabat. Seramai lima orang pensyarah ditugaskan mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran, mempunyai seorang Pegawai Teknologi Maklumat dan dibantu dua orang staf sokongan.
- Unit Teknologi Maklumat
- Unit Teknologi Pendidikan
- Unit Pengurusan ICT