Perasmian Makmal Pengajaran Mikro IPG Kampus Perlis
Kehadiran :
Bilik Pengajaran Mikro IPG Kampus Perlis telah diberi nafas baru dan akan mula beroperasi semula pada 15 Julai 2011. Majlis Perasmiannya akan disempurnakan oleh En. Tan Ying Kee, Pengarah IPG Kampus Perlis. Makmal Pengajaran Mikro akan dibuka kepada semua pensyarah dan pelajar untuk menjalani latihan amali. Pihak Jabatan Teknologi Pendidikan telah diberi tanggung-jawab untuk menghidupkan semula fungsi makmal tersebut yang terbiar dan tidak berfungsi sekian lama. Pihak jabatan akan membantu pensyarah dan pelajar dari segi kemudahan dan peralatan yang akan digunakan di dalam proses tersebut. En. Zul Mashellmi Pembantu Am telah ditugaskan untuk membantu dan memberi khidmat dari segi teknikal seperti rakaman video, sistem audio dan lain-lain.
Pelbagai aktiviti lain telah dirangka untuk menggalak dan memartabatkan amalan pengajaran mikro dalam kalangan pensyarah dan pelajar IPG Kampus Perlis. Antara aktiivitinya ialah mengadakan Web TV, pertandingan pengajaran mikro, pameran dan lain-lain. Langkah ini diharap dapat meningkatkan lagi kemahiran pedagogi pelajar-pelajar selaras dengan objektif yang diharapkan dalam latihan perguruan di IPG KPM.
Kehadiran :
- Pengarah
- Timbalan Pengarah
- Ketua-ketua Jabatan
- Ketua Unit
- Pensyarah
- Guru-guru pelatih yang terlibat