Kursus Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Tarikh : 9-12 Mei 2011
Lokasi : Hotel Sandy Paradise, Penang
Penyelaras LPS Jabatan TP : Pn Jauriah Binti Md Azali, Pn Zainab Bt Ahmad
Kehadiran : 26 Peserta
*Anjuran bersama Intel Teach dan JTP
Pensyarah-pensyarah yang telah menghadiri Kursus Pengajaran Berasaskan Projek pada 9 hingga 12 Mei 2011 yang lalu akan melaksanakan kaedah ini mulai sesi Ambilan Jun 2011. Satu taklimat tentang pelaksanaannya telah diadakan pada 30 Jun 2011, bertempat di Makmal 5, Jabatan Teknologi Pendidikan.
Semua pensyarah telah diminta mengenal pasti bentuk dan fokus projek yang akan dijalankan oleh pelajar -pelajar yang terlibat supaya pelbagai bahan yang berbeza dapat dihasilkan nanti. Semua hasil projek yang telah usahakan pelajar akan dipamerkan dan dibentangkan dalam pameran dan seminar yang akan diadakan pada akhir bulan September. Pameran dan seminar ini akan dibuka kepada semua pelajar IPG Kampus Perlis, guru dan murid-murid sekolah di Negeri Perlis. Usaha ini diharap akan dapat meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung memperkayakan kemahiran pedagogi guru-guru.