Lawatan Perkongsian Pintar Antara CITM USM dengan JTP
Tarikh : 23 Mei 2011
Lokasi : Centre for Instructional Technology and Multimedia, USM
Tindakan Ketua Jabatan (En Yusoff Osman)
Kehadiran : 7 Peserta
*Anjuran bersama JTP dan USM
Pensyarah dan staf sokongan Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Perlis telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Centre for Instructional Technology and Multimedia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 23 Mei, 2011 yang lalu. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau dengan lebih dekat kemajuan dan perkembangan teknologi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di universiti tersebut, yang telah mendapat pengiktirafan sebagai universiti APEX.
Hasil lawatan tersebut telah memberi banyak manafaat kepada pensyarah dan staf sokongan Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Perlis. Sebagai sebuah institut latihan yang baru sahaja dinaikkan taraf sebagai sebuah pusat pengajian tinggi, banyak aspek yang perlu diterokai untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme kami. Selain dari melihat dengan lebih dekat frasarana, kemudahan-kemudahan dan teknologi yang digunakan oleh USM, khasnya CITM. JTP juga telah ditawarkan bantuan khidmat kepakaran oleh CITM melalui penyelidikan, latihan dan penempatan staf (attachment).
Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Perlis menyambut baik tawaran tersebut dan bercadang untuk menjalin kerjasama di dalam beberapa bidang yang dikenal pasti. Perbincangan lanjut tentang perkongsian pintar ini akan disusuli sedikit masa lagi bagi merealisasikan hasrat tersebut. Pihak jabatan juga bercadang untuk mengadakan usaha sama dengan institusi pengajian tinggi lain di masa depan.