Penulisan Buku Ilmiah
Tarikh : 19-21 Mei 2011
Lokasi : Hotel Berjaya, Penang
Penyelaras LPS Jabatan TP : Pn Jauriah Bt Md Azali
Kehadiran : 7 Peserta
*Anjuran bersama JTP dan UUM
Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengorak langkah ke hadapan untuk mempelopori usaha menggalakkan pensyarah-pensyarahnya menulis buku ilmiah berkaitan dengan bidang teknologi selaras dengan penjenamaan semula jabatan dan merealisasi gagasan baharu IPG - The New IPG Learner Centered University.
Bengkel penulisan buku ilmiah telah dijalankan dengan kerjasama pensyarah Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Perlis. Sebanyak 12 tajuk berkaitan dengan bidang teknologi telah dikenal pasti, mencakupi sukatan pelajaran kursus teknologi di peringkat IPG dan Universiti akan dihasilkan. Seramai 6 orang pensyarah dari JTP, IPG Kampus Perlis dan 3 orang pensyarah UUM terlibat di dalam projek usaha sama ini. Bengkel ini akan dijalankan di dalam 2 peringkat, peringkat pertama telah pun dijalankan pada 19 hingga 21 Mei, 2011 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang.
Buku ini dijangka akan diterbitkan pada pertengahan tahun 2012, pihak penerbit telah dikenal pasti dan bersetuju untuk menerbit dan memasarkan buku tersebut. Buku ini diharap akan dapat digunakan oleh pelajar-pelajar IPG dan semua pelajar universiti yang mengambil kursus pendidikan. Usaha ini juga secara tidak langsung dapat mengangkat tahap profesionalisme pensyarah IPG Kampus Perlis amnya dan pensyarah JTP khasnya.